W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Isnin, 17 Januari 2011

Ragam Izzatti ke Sekolah

Ini budak izzatti betul2 menguji kesabaran ibu. 2 minggu sebelum masuk tahun baru 2011, ibu dh daftarkan dia di Al Farobi Kindergarden pre-school. Sebagai percubaan, hantar di di nursery dulu.

Hari Pertama
Punyalah excited. Awal pagi lagi dh bangun bersiap. Yelah, lama bercuti dan dh terbiasa bangun lambat. Sampai pintu nursery, dia masih lagi buat muka mcm biasa. Dan dengan senang hati ibu tinggal kan dia. Lepas keje ibu pun ke nursery nak ambil kakak zati. Sampai sana kakak tengah nangis. Bila tanya teacher, katanya nangis sebab rindu kat ibu. Hehhehe... ok lah kan...

Hari Kedua
Bangun pagi ok lagi. Masih ceria. Bila dh besiap nak keluar rumah, zati punyalah menangis tak ingat orang keliling. Puas pujuk masuk kereta. Sampai nursery, sambung nangis lagi. Sampai kena paksa masuk dlm nursery. Ibu pun terpaksa pergi walaupun berat hati nak tinggalkan kakak zati. Masa balik pun nangis lagi.

Hari Ketiga
Kali ni betul2 kakak zati buat perangai. Tak mau bangun pagi, tak mau mandi n tak mau masuk keta. Pujuk pun tak jalan. Bila sampai nursery lagi kuat dia menangis. Siap pegang seat keta sbb tak mau keluar keta. Walaupun puas dipujuk ibu n teacher. Akhirnya, ibu bawa kakak zati pegi opis. Siap sarapan roti canai dulu. Muka kakak pun nampak ceria je. Bila tanya kenapa kakak tak mau pegi school?? Dia jawab ada budak lelaki kacau dia. Ermmm.....

Hari Keempat dan seterusnya...
Dah tak hantar ke Al Farobi Kindergarden lagi. Ibu usaha cari kindergarden lain. Akhirnya, ibu daftarkan zati ke Smart Soleh Kindergarden pre-school.

Hari pertama di sana, mood zati tak brp happy. Waktu balik pun monyok jer. Hari kedua perangainya sama mcm nk pergi tadika sebelum ni. Siap peluk tiang tak mau masuk class. Masuk hari ke tiga mood dah mula ceria. Agaknya dah mula berkawan. Ibu pun senang hati bila kakak zati ceria dan bersemangat nak ke sekolah.

Sekarang zati dah senang nak bangun pagi. Rutin harian, zati bangun seawal jam 6pagi. Bangun dr tido terus mengadap Playhouse disney or tengok Barney and friend sambil hisap susu sebotol. dah habis minum susu baru mandi dan bersiap ke sekolah. Sarapan sama ada dgn coco crunch or corn flakes. Sebelum jam 8pagi dah berada di nursery sbb class zati bermula jam 12pm hingga 4pm.

Yang paling ibu suka tengok bila balik dr school je mesti dia menyanyi. Tak kira lah nyanyi lagu apa or membaca doa yg dia dh hafal. Senang hati ibu.


Izzatti dan uniform sekolahnya. Wajib bertudung masa dalam class.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan