W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Isnin, 17 Januari 2011

Pemulaan Tahun 2011 Yang Cukup Mencabar


Rasanya belum terlambat nak wish Selamat Tahun Baru 2011. Masih di dalam bulan Januari kan. Melangkah ke tahun baru. Pemulaan tahun yang cukup mencabar. Aku anak beranak dah pindah ke KL dengan rasminya. Hubby pula di Perak. Ermmm... terpaksa pjj semula. Tp aku redha, ALLAH beri kami rezeki tp DIA tarik sedikit kebahagiaan kami. Tp ALLAH maha mengetahui segalanya. Walaupun berjauhan kami tetap bahagia.

Cabaran memang besar bila terpaksa urus anak-anak seorang diri. Dua orang anak bermakna 2 ragam dan perangai kena aku hadapi. Si kakak yang cute dah besekolah. Nanti ibu cerita bab mula2 nak masuk sekolah. Sakit jiwa jugak dibuatnya. Dah pandai tunjuk perangai bila tak dapat sesuatu. Kuat rajuknya dan kuat jugak cemburu pada adik. Kadang2 mmg suka membuli si adik.

Si adik yang comel dan bam bam pulak dah masuk 8 bulan. Dah pandai berdiri dan memapah nak berjalan. Tp masuk tahun baru ni, adik kena ceri beri yg agak teruk. Orang tua kata nak ringankan badan sbb nk berjalan. Habis melecet celah kengkang n te*** dia. Kesian sangat ibu tengok. Cuba mcm2 petua utk hilangkan ceri beri tu. Alhamdulillah, dh semakin pulih. Adik masih lagi menikmati susu ibu sepenuhnya tanpa campur apa2 susu formula. Insyaallah, ibu niat nak bagi sampai 2 tahun. Tapi si adik ni memang baik dan suka mengalah bila si kakak nak kan sesuatu. Diam je bila kakak buli dia. Menangis hanya kalau dia rasa sakit bila kakak buli lebih2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan