W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Isnin, 22 November 2010

Saya Sayang Abah Saya

22 November 2010, Isnin... Tarikh pembendahan abah... semua adik beradik ada masa hantar abah masuk ke operation room... mmg sayu masa tu.. doktor kata pembedahan tu risikonya agak tinggi sbb faktor umur abah ditambah masalah injap jantung yang bocor. Tp kami adik beradik redha sbb abah yg terlalu inginkan operation tu. Sblm masuk ke operation room, abah yg sentiasa tersenyum sebelumnya menangis bila mak salam dan memcium pipi dia. Aku tahu mak berat hati sbnrnya walau pun dia tak ckp apa2. Waktu menunggu operation selesai aku lihat mak banyak berdiam dan kerap ke surau utk solat sunat dan membaca Doa Yassin.

Jam 5.30pm, abah keluar dr operation room dan dimasukkan ke wad ICU utk perhatian lanjut. Masa tgk abah tu berlinang air mata aku bila lihat abah terbaring kaku dibantu dgn alat bantuan pernafasan. Wayar yg banyak terlekat di badannya. Mak hampir pitam tp sempat berpaut pada abang sulungku. Dan aku lihat mata dia berair.




~Abah sebelum pembedahan~


BismillaahirRahmaanirRahiim

AllaahummaRabbannaas... Ya ALLAH Ya Tuhan ku...Engkau Maha Penyayang. Sementara kami sedang mengalami kesulitan.

Adzhibilba'sya isyfi. Sembuhkan kami dari penyakit kami dan hilangkan rasa sakit yang menyertai penyakit kami.

Sesungguhnya di balik rasa sakit yang kami derita, terdapat suatu penyakit di dalam diri. Dan jika kami telan ubat penghilang rasa sakit , maka rasa sakit mungkin hilang, tetapi penyakit kami masih mungkin ada di dalam tubuh kami. Padahal rasa sakit yang kami derita dapat Engkau jadikan sebagai penghapus dosa kami.

Karana itu... Ya ALLAH sembuhkan kami dan ampunilah dosa kami.

Penyembuhan yang datang dari Engkau Ya Allah, adalah yang menyembuhkan penyakit sekaligus rasa sakit yang menyertainy.

AntasySyaafii.... Laasyifa'a illaa Syifaa'uka...

Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan sejati kecuali yang datang karenaMU...

Tolonglah kami dengan mendatangkan orang yang ahli mengubati kami....

Tolonglah kami dengan mendatangkan orang yang tahu ubat penyakit kami...

Tolonglah kami dengan menunjukkan cara yang benar dalam pengubatan penyakit kami...

Sesungguhnya ahli pengubatan mahupun ubat yang tepat untuk kami, hanya akan datang karenaMU... Yang hanya akan kami terima , jika Engkau meredhai....

Syifaa'an laa yughaadiru saqamaa...

Ya Allah yang Maha Penyayang, sembuhkan kami secara tuntas... Kesembuhan yang tidak membawa komplikasi rasa sakit atau penyakit lain, iaitu kesihatan yang datang karena redhaMu. Kesihatan yang semakin meningkatkan ketakwaan kami.

Astaghfirullah Ya Gafur... Astaghfirullah Ya Afuw... Astaghfirullah Ya Salam

Amin...

Blog oh... Blog...

Lama tak mengupdate blog... ermmm.. agak kebzan lately... nak tulis terlalu banyak.. so aku citer secara ringkas jelah yer...

** Dah hampir 2 minggu kami sekeluarga bertapa di KL. Sbb abah masuk IJN kerana masalah jantung dan injap. Mak teman abah di wad, jadi my hubby dengan sukarelanya menjadi babysitter untuk anak2 ku. Rutin harian sepanjang 2 minggu ni.. pagi - siap2 kan anak dulu before pegi keje. Dah siap baru pegi ofis. Tghari dlm jam 12.30pm balik umah, beli nasi bungkus jer... kalau rajin n sempat masak utk lunch... Jam 2.00pm masuk ofis balik... Jam 5.00pm balik keje - ambik hubby n anak2 dan terus ke IJN melawat abah...

** Hari Raya Aidil Adha - Buat pertama kalinya kami sekeluarga beraya di KL... huhuhu... agak berlainan suasana. Tp yg penting kami sekeluarga berkumpul. Abah pun dpt cuti 2 hari dr IJN utk beraya di rumah... so, tempatnya ialah di rumah adik di Flora Damansara. Riuh satu rumah dengan anak2 sedara termasuk anak daraku yg suka menjerit. Rumah apartment jer, org pulak ramai so terasa sgtlah sempit... hehhehe.. tp best.. siap surau kat situ buat korban. My hubby pun merajinkan diri melapah lembu korban. Dapatlah seplastik tulang n seplastik daging... Dptlah buat sup seperiuk...

Rabu, 3 November 2010

Happy Moment : FaiQ Merangkak Selangkah

Malam tadi FaiQ merangkak selangkah bila nampak ibu. Dia merengek nak ibu dukung tp ibu buat tak tak tau. Hehhee... Ibu saja dok jauh sikit. Lepas tu dia angkat dada n montot. Depan mata ibu, FaiQ melangkah setapak sambil nangis nak datang kat ibu sebelum dada jatuh ke lantai (menerap). Ibu happy sangat bila dapat lihat sendiri perkembangan anak ibu. Ibu sayang FaiQ.




Usia 6 bulan 2 hari (04.11.2010)

Kembung Grill ala Portugis

KEMBUNG GRILL ALA PORTUGIS



Bahan-bahan

Ikan Kembung (Ikan lain pun boleh, ikut selera masing2)
Aluminium foil
Daun pisang
Cili Kering - 10 tangkai
Bawang besar - 1 labu
Bawang merah - 2 ulas
Bawang putih - 1 ulas
Udang kering
Taucu - 50 gram (1 peket kecil)
Asam Jawa
Minyak masak untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-caranya:

Blender semua bahan berwarna merah di atas. Panaskan minyak untuk menumis. Masuk semua bahan yang telah diblender tadi. Tumis sampai naik minyak dan bau. Kemudian masukkan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Letakkan ikan di atas aluminium foil yg dah dilapik dengan daun pisang. Curahkan sambal yg dah dibuat tadi. Balut dan letakkan di atas kuali pan. Api mestilah dlm keadaan sederhana. Masak dlm 7 ke 10 minit.

Cara hidangan:

Perahkan asam limau sebagai penyedap. Sedap dimakan dengan nasi putih yang panas.


Selasa, 2 November 2010

Mee Udang


MEE UDANG



Bahan-bahan A untuk kuah :

Udang sederhana besar - 1 kilo
Stok daging
Daging rebus
Sotong
Ubi keledek - 2 ke 3 biji
Lobak merah - 1 batang (ubi keledek n lobak rebus dulu n blender sampai hancur)
Bawang besar, bawang merah n bawang putih (dikisar)
cili kering dikisar juga
sos cili - 2 sudu
sos tiram - 2 sudu
minyak utk menumis
garam n gula secukup rasa

Cara2 nak buat kuah :

Panaskan minyak utk menumis. Masukkan bawang besar, bwg merah n bwg putih yg telah dikisar. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau. Masukkan sos cili n sos tiram...

kemudian masukkan ubi keledek n lobak yg dah diblender serta stok daging.... tujuan ubi n lobak utk memekatkan kuah n rasa manis semulajadi... biar sampai mendidih... masukkan daging.. udang n sotong... n biar sampai masak.. jg lupa garam n gula secukup rasa.. (saya masak tak guna tok aji, tp terpulang pd citarasa anda.. :))


Bahan B:

Mee kuning

Sawi yg dicelur

Tauhu yg dh di goreng

Telur rebus

Tauge kalau suka

Daun bawang/sup

Bawang goreng

Cara nak hidang... Mcm mkn mee rebus tu ler... hehhee... Letak jer semua bahan B dlm mangkuk.. n campur kuah.. Siap n makan...


Selamat mencuba... :))

.:Cerita Berjauhan - Part II:.

*** Sambungan....

Walaupun puteri kami dh lahir, aku n hubby masih lagi pjj. Dan yang paling membuatkan aku bertambah sayu bila terpaksa meninggalkan puteri kami dlm jagaan mak di Sungkai. Kalau sebelum ni hanya 2 tempat, tapi kali ni 3 tempat... KL-Sungkai-Taiping.

Hari pertama aku ke tempat kerja setelah cuti berpantang selama 60 hari adalah hari pertama jugak aku terpaksa berjauhan dgn puteriku. Seawal jam 7.30 pagi aku memulakan perjlnan ke KL. Tapi tak sampai 15km ku telah berpatah balik bila hati tak keruan mengingatkan puteriku. Samapi je kat rumah terus aku memeluk puteriku dan memberinya susu dari badan ku sendiri. Ya ALLAH... begitu berat rasanya dugaanmu kali ini. Mak memujukku... katanya pergilah kerja. Jangan risau, mak akan jaga Izzatti sebaik2nya... Dengan berat hati aku terpaksa juga melangkah pergi...

Hampir 3 tahun jugak kami bertiga saling berjauhan. Tapi dlm tempoh 3 tahun tu, kami berjumpa setiap kali hujung minggu. Berjumpa samaada di Sungkai atau di Taiping. Kalau giliran pulang ke Taiping, aku akan memandu ditemani puteriku. Dan hubby menunggu kedatangan kami. Puteriku juga seperti faham, dia akan tidur sepanjang jalan tanpa meragam kecuali jika hendak menyusu. Aku hanya mampu berdoa agar perjlnan kami selamat sampai.

Dan pada tahun 2009, aku dan hubby merancang untuk menambah ahli baru dlm keluarga kami. Tapi dlm hatiku masa tu bercampur-campur. Bersediakah aku nanti?? Banyak perkara kena dibincangkan. Siapa yg kan menjaga bakal anak kami nanti?? masih berjauhan kah nanti?? Kuatkah aku?? Mcm2 soalan yg bersarang dlm kepala. Tp aku hanya berserah pada ALLAH.
Dan pada Oktober 2011 aku disahkan hamil 2 bln anak kedua. Berita itu disambut dengan penuh kesyukuran. Tapi????

Sepanjang hamil anak kedua aku dah duduk di rumah sendiri di Damansara. Duduk dengan adik bongsuku. Pengalaman mengandung kali ni lebih mencabar. Morning sickness tiap2 hari sampai kandungan ku mencecah 6 bln. Lepas tu betis pulak boleh dikatakan tiap2 mlm cramp. Walaupun duduk dgn adik, kami jarang bersua muka sbb adik keje shift. So, kalau demam or sakit mmg kena tanggung sendiri sampailah cukup bulan. Bayangkan kalau aku terbersalin kat rumah sorang2 tgh2 mlm.. tak ke haru jdnya... Tp ALhamdulillah... semuanya selamat...

Tanggal 28hb April aku dimasukkan ke hospital Slim River sbb baby kurang gerak. Nasib baik masa tu hubby cukup ambil berat. Dia sanggup cuti untuk jaga dan sentiasa berada di sisi. Mlm 01hb May 2010 aku dh mula rasa kontraksi yg kerap. Jam 4pagi pintu rahim dh buka 4cm dan terus masuk dlm labor room. Dan aku gembira pada saat aku sakit nak melahirkan anak kedua, hubbyku sentiasa berada di sisi. Sempat minta maaf dan cium tangan. Sepanjang proses kelahiran, hubby memegang erat tangan ku. Tepat jam 7.15 pagi lahirlah puteraku yang comel... Tiada kata dpt diucap selain Alhamdulillah dan syukur pada ALLAH.

Selepas habis cuti berpantang, kehidupan kami berubah sama sekali. Aku dan hubby masih lagi PJJ cuma kali ni aku bersama anak2 tinggal di Sungkai. Tp aku masih kerja kat KL. Dan kali ni dengan penuh tawakal, berdoa dan berserah pada ALLAH, aku berulang alik dari Sungkai ke KL. Perjalanan setiap hari lebih kurang 300km. Tak sanggup nak tinggal puteraku yang masih menyusu badan (aku dh niat nak bfkan puteraku sampai umur 2 tahun, Insyaallah). Lagi pun puteri sulung kami dh mula ke sekolah. Dan aku tak nak terlepas perkembangan kedua2 anak ku.

Tapi kini aku dah boleh tersenyum kerana hubbyku sentiasa berada di sisi (kecuali pegi keje). Sebab dia dh dapat keje baru di Sungkai. So, tiap2 mlm dh ada teman tido selain anak2... memang boleh tersenyum lebar kan... Inilah Kisah kami... Kami Berjauhan Tapi Kami Saling Menyayangi... :)

Khamis, 28 Oktober 2010

~Muhammad FaiQ Shah RizzQullah~

Nama : Muhammad Faiq Shah Rizzqullah Bin Badli Shah
Tarikh Lahir : 02 May 2010
Jantina : Lelaki


Usia 1 hari ~ 1 jam selepas dilahirkan



Usia 2 hari




Usia 3 hari ~ Avatar the second




Usia 1 bulan




Usia 2 bulan




Usia 3 bulan ~ si botak ibu




Usia 4 bulan




Usia 5 bulan ~ Mat Senyum :)




Selasa, 26 Oktober 2010

.: Cerita Berjauhan - Part I :.

Berjauhan.. ermmm... sapa yang nak duduk jauh2 ngan hubby tercinta kan. Apalagi baru lepas kawin. Tapi itulah yang aku alami selama hampir 4 tahun. Hakikatnya, banyak cerita yang nak diluahkan. Baik buruk duduk berjauhan serta pengalaman yang jarang pasangan yang dah berkahwin lalui. Tapi aku bertuah kerana dapat merasai pengalaman tu.

Aku berkenalan dengan hubby pada tahun 2001. Bertunang pada tahun 2005 dan berkahwin setahun selepas tu, tahun 2006. Masa bertunang kami sama2 tinggal di Johor. Keje di syarikat yang sama dan pastinya tiap2 hari berjumpa. Dan sebelum kawin, kami buat keputusan nak berhijrah ke KL. Kota yang menjanjikan seribu janji manis.... ermmm....

Tapi.. aku dah dapat keje... ermm... hubby ku n pd masa tu masih tunanganku belum dpt keje. Macam mana??? Tarikh nikah dah dekat. Tapi kami berserah pada ALLAH... kami teruskan jugak majlis nikah. Walaupun ringkas dan sederhana tapi aku cukup bersyukur apabila bergelar ISTERI kepada BADLI SHAH BIN SABRAN. Baru satu masalah selesai. Masalah lain masih menunggu
.

Majlis kenduri diadakan 2 bln slps tu... tp hubby ku masih belum dpt sebrg tawaran kerja. Duit simpanan pun dh hampir kontang. Yelah, nak pakai duit utk kenduri kawin lagi. Tp majlis perkahwinan kami berjln lancar. Dan aku masih boleh tersenyum walaupun dlm hati hanya ALLAH yang tahu...

Lepas kawin aku terus menetap kat KL. Dan di sinilah kisah kami bermula... PJJ a.k.a Perkahwinan Jarak Jauh. Hubby dh dpt keje tp kat Taiping, Perak. Ermmm... sedih tak terkata. Baru kawin tp kena duduk jauh2. Aku menyewa bilik je kat KL. Satu rumah duduk ramai2.. tak silap aku 7 org satu rumah... huhuhu. Macam zaman belajar pulak kan. Dan dlm rumah tu aku sorang jer yg dh kawin.

Dalam bulan September 2006, majlis kenduri di pihak lelaki pulak. Dan dlm bln tu jugak aku disahkan hamil 3 minggu.... Waaaaa... rasa nak meraung kuat2... Mengandung tapi takde laki... ada ke patut org cakap macam tu... Heiii.. aku dah kawin cuma laki aku dok jauh.... Rasa nak cili2 mulut org yg ckp mcm tu.

Walaupun dh disahkan peknen, aku ttp teruskan keje kat KL. Segala sakit, loya, muntah n pening aku tanggung sendiri. Adalah kwn2 satu rumah tlg tengok2 kan. Tp tolong mana yg boleh jelah kan. Dah lah morning sickness sampai 7 bln... dugaan betul. Dan aku hanya berjumpa dengan hubby 2 Or 3 minggu sekali. Balik tepeng naik bas dengan membawa perut yang semakin membesar. Sayu hati bila tgk org lain bahagia bersama suami tersayang. Apatah lagi dlm keaadaan aku yg tgh peknen.... :(

Itulah rutin aku sampailah bersalin. Dan tanggal 24 April 2007, lahirlah puteri kami yang comel menjenguk dunia. Tapi dlm kegembiraan masih terselit perasaan terkilan. Sebab yang hantar aku ke hospital masa sakit nak bersalin adalah keluargaku dan bukannya hubby. Hubby masa tu masih di tepeng. Dia sempat sampai sblm aku bersalin tp tak dibenarkan masuk utk jumpa aku sbb aku kena induce kerana terlebih hari. Bayangkan dalam keadaan sakit tapi tak dibenarkan jumpa hubby. Tak sempat nak cium tangan dia dan minta maaf. Hanya ALLAH yang tahu apa yg ada dlm hati masa tu.....

** sambung part II**
Tunggu ada mood nak menaip yer. ada keje lorr...


.: Bam Bam Ibu :.


Ini lah Hero ku yang Bam Bam ... Gambar ni shoot masa hero ibu ni baru jer 2 bln.. huhuhu... skrg baru nak publish. mcm artis pulak. Namanya... Muhammad FaiQ Shah RizzQullah... huhuu... agak panjang namanya kan. Hasil gabungan nama yang ibu pilih dan ayah pilih. RizzQullah tu dpt masa aku duduk dlm wad sebelum deliverkan FaiQ. Inspirasi selepas baca majalah Pa&Ma. Dan Shah tu tentunya nama keluarga... hehehehe....

Isnin, 25 Oktober 2010

Ermmm.. Blog???

Ermmm... berapa lama tak update daa... dr peknen kan FaiQ sampai baby dh nak masuk 6 bln.. huhuhu.. sian adik.. gambar adik pun belum upload n dipublish kan...

Nampaknya kali ni kena merajinkan diri.. huhuhu... masalahnya rajin ker??? ermm... penat lorrr... celik mata jer terus siapkan anak before pegi kerja.. pastu drive lebih kurang 2 jam... sapa2 belum tahu... aku ulang alik dr sungkai ke KL tiap2 hari yer... boleh kira superwomen jugak lah kan.... nanti ku story lain kisah aku ulang alik tu yer... tp mmg penat ler.. huhuhu...

Sabtu, 27 Mac 2010

.:: Alahai Anak Ibu... ::.


Alahai.. ibu mu ini tgh bersemangat waja ni... tiba2 line internet down... aik???? kenapa??? rupa-rupanya anak dara ibu yg sorang ni dah tutup suis internet... ermm... apa nak dikata... rupanya waktu dah menunjukkan jam 11.32pm.. dah waktu anak ibu ni masuk tdo, dah mula merengek2 nak susu n gosok2 mata.. ok.. ibu stop kat sini k... time ibu layan n tdo kan anak ibu... zzzzzz time....

Siapa Aku???


Seorang hamba ALLAH yang kerdil yang sentiasa memohon hidayah dari-NYA, seorang anak yang patuh kepada abah dan mak, isteri yang taat kepada suaminya dan seorang ibu yang amat menyayangi anak perempuan yang comel dan sedang hamil 33 weeks++ (27/03/2010)...

Kisahku Kini Bermula..


Hee.. hee.. akhirnya... tercapai juga hasratku untuk mempunyai blog sendiri.. ini lah tarikhnya... 27 Mac 2010.. tepat jam 10.36pm tercreatlah blog ku yg yang dah lama aku inginkan.. sblm ni betul-betul belum berkesempatan dan tiada masa nak mulakan semua ini.. dan hari ini.. aku dah boleh mula senyum sorang-sorang... ;)