W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Khamis, 13 Oktober 2011

Ikan Wadik - Warisan Banjar

Tekak ni dah terasa lama tak makan ikan wadik. Apakah ikan wadik? Ikan wadik ni lebih kurang macam ikan pekasam. Ikan yang dijeruk bersama garam dan beras goreng. Tapi sebenarnya aku tak tahu cara nak buatnya. Makan jer tahu... ;)

Masa kecik dulu selalu jugak makan ikan wadik ni. Mak selalu buat sebab dulu kami hidup susah. Kami baru pindah kat felda, pendapatan abah pun tak seberapa. Gaji pun banyak kena potong dengan Felda. Bagi menampung perbelanjaan, abah pun selalulah pergi memancing dan menjala ikan kat kebun. Antara hasil tangkapan adalah ikan haruan, sepat, baung, keli dan lain-lain ikan sungai. Masa kecik dulu nak makan ikan laut memang jarang2 sekali. Kalau dapat makan ayam goreng, memang melompat kesukaan lah. Sayur pun kebanyakkannya sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, terung pipit dan ulam-ulaman kampung.

Hasil tangkapan abah ni selalunya banyak kalau dia pergi menjala. Jadi mak akan buat ikan kering or ikan wadik. Jadi mak dan kakak aku akan jenuh lah menyiang ikan bagi habis sebab ikan2 tu dah mati. Kalau masih hidup akan dikurung. Aku dan adik masih kecik jadi kitaorang ni tengok jelah. Cuma kalau ada ikan yg kecik-kecik tu ada jugak tolong siang.

Yang aku tahu cara-cara nak buat ikan wadik ni. Lepas ikan-ikan dicuci mak akan perap dengan garam dan asam keping selama beberapa hari. Lepas 2 ke 3 hari diperap mak akan masukkan beras goreng yg dah ditumbuk halus. Rasanya ada bahan lain lagi tapi tak tahu pulak apa dia. Ni kena tanya mak... Hhehehe. Lapas tu ikan ni akan diperap lagi sampai cukup masin dan masamnya. Selalunya ikan yang sedap dibuat wadik ialah ikan sepat, ikan puyu dan ikan belanak.

Ikan wadik ni sedap dimakan dengan cara goreng dengan bawang merah dan cili padi. Makan panas dengan nasi putih panas. Pergghhh... Memang terangkat. Tapi teringat pulak masa kecik dulu buat macam nasi air. Nasi putih sejuk tu letak air masak, pastu campur dengan ikan wadik panas. Cara makan hirup macam makan bubur. Syiokknya zaman kecik.. ;)

Ikan wadik ni sedap jugak buat cicah dengan pulut ataupun ibu kayu rebus. Makan pulak waktu petang masa hujan. Ada pulak kopi panas. Adehhh.. kecur air liur dibuatnya. Weekend ni nak balik kampung, nak mintak mak buat ikan wadik lah.. Dah teringin sangat ni... huhuhu...

Jom layan gambar ikan wadik dan ubi kayu rebus...

^
^
^
^
^
^


~Ikan Wadik Goreng~



~Ubi Kayu Rebus~


***Ikan wadik warisan peninian...***



Rabu, 12 Oktober 2011

9 Siti patut dijadikan contoh


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

Ahad, 9 Oktober 2011

Ayam Penyet ohh... Ayam Penyet

Menulis tajuknya saja dah buat air liur aku merembes keluar... Hehehe... Tapi itu lah hakikatnya. Aku dh ketagih dengan ayam penyet ni. Seminggu tak rasa tak sah dalam kamus hidup aku. Orang pertama yang perkenalkan menu ni adalah sahabat baik aku Puan Surina. Dia bawa rasa ayam penyet kat satu restoran di Kota Damansara, Ayam Penyet Ojo Lali... Memang mabeles.

Dan paling mabeles adalah sambalnya yang aku rasa memang terbaek. Walaupun tengah makan segala air yg ada kat muka ni nak keluar, suapan tetap diteruskan. Suap sekali, air mata keluar. suap dua kali, air hidung pulak nak keluar. Suap tiga kali, air minum kena masuk pulak. Tak tahan dengan kepedasan nya. Ayam penyet oohh ayam penyet.. Tak kira, lunch hour ni aku nak cari kau... Huhuhu....