W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Ahad, 23 Januari 2011

Popia Ayam



Kali aku nak share resepi popia ayam hasil dr air tangan adikku. Tp dia belajar dr kakak dia ni jugak... :)

Bahan-bahan (untuk 10 ke 12 biji popia)

Kulit Popia - 10 - 12 keping
Isi Ayam (tp aku guna daging burger ayam Ramly) - 5 keping
Sosej Daging - 3 pcs
Sengkuang - 1 biji sederhana besar
Lobak Merah - 1 batang
(sengkuang dan lobak dihiris halus)
Sayur Campur - 1 cawan
Bawang Besar - 1 biji
Bawang Putih - 2 ulas
Bawang Merah - 2 ulas
(bawang besar, bwang putih dan bawang merah dikisar)
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging ayam yang telah dicincang dan sosej daging yang telah dihiris halus. Masak sampai daging empuk. Kemudian masukkan sayur campur, sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga semuanya bercampur dan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak biarkan ia sejuk. Dah sejuk boleh lah gulung popia. Selepas tu boleh lah goreng dengan api perlahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan