W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Khamis, 28 Julai 2011

Ramadan - Tip Melatih Anak Berpuasa

Memang exited nak sambut Ramadhan tahun ni. Tak sabar rasanya. Lebih kurang 2 hari lagi Ramadhan akan menjelma. Salah satu sebabnya ialah nak ajar Izzatti berpuasa. Ramadhan tahun ni Izzatti dah berumur 4 tahun 3 bulan++. Rasanya umur yang paling sesuai nak latih dia berpuasa.

Sebelum Ramadhan datang, Ibu dah banyak kali terangkan pada Izzatti yang dia kena puasa pada bulan Ramadhan. Kena tidur awal dan kena bangun awal pagi untuk bersahur. Kemudian terangkan pada dia pada siang hari tak boleh makan dan minum. Hanya boleh makan dan minum pada waktu berbuka selepas azan Maghrib berkumandang. Alhamdulillah, Izzatti faham dan di sekolah pun Izzatti cakap ustazah pun ada cerita pasal puasa.

Walaupun Izzatti belum faham sepenuhnya lagi apa itu puasa dan ramadhan. Ibu nak dia berlatih berpuasa di awal usia agar dia lebih bersedia dan faham apabila usia dah meningkat nanti. Sebagai persedian, Ibu pun ada jugak google banyak blog dan tip2 nak melatih anak berpuasa. Yelah kan, anak kecil ni tentu banyak karenah dan perangai. Jadi, kena penuhkan ilmu di dada dulu sebleum nak ajar mereka.

Di sini antara tip yang boleh ibu2 pratikkan untuk melatih anak2 kecil...
Sumber dari http://baihaqi.net/



Ramadan tiba lagi. Lebih mengujakan, tahun ini si kecil mulai belajar berpuasa! Namun, melatih si kecil berpuasa tidak boleh dilakukan secara paksa. Perlu dilakukan secara bertahap kerana si anak belum memiliki kewajiban berpuasa penuh . Beberapa cara yang boleh membantu dalam melatih si kecil berpuasa. Semoga Allah s.w.t memudahkan niat anda untuk mendidik buah hati tercinta. Jika sukar mendidi knya usah putus asa. Sesungguhnya Allah s.w.t dekat dengan hamba-Nya yang bertaqwa.

1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lambat, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. Akan tumbuh niat yang kuat dalam diri si kecil saat tibanya Ramadhan.

2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Si kecil pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur si kecil bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian si kecil.

5. Seeloknya jauhkan si kecil daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan si kecil bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada si kecil. Mereka pasti akan merasa senang sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar si kecil lupa dengan rasa haus dan lapar. Anda juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersamasama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak si kecil menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Manfaatkan semaksima mungkin pembiasan puasa di bulan Ramadhan bagi anak-anak sejak awal usia mereka. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat si kecil untuk berpuasa. Mendidik anakanak adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak-anak merupakan tabungan ibadah bagi anda sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.

Selasa, 26 Julai 2011

Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX





Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

Sumber : U-jam

Isnin, 25 Julai 2011

KE ARAH RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA

Lebih kurang 5 hari saja lagi Ramadhan bakal menjelma. Ini bermakna beberapa hari lagi umat Islam akan berpuasa. Kemunculan Ramadhan kali ini amat aku nantikan. Tak tahu kenapa, tapi hati ini berasa sangat-sangat tidak sabar nak menyambut Ramadhan. Terasa rindu sangat pada Ramadhan dan ingin melakukan ibadat sebanyak mungkin. Insyaallah.

Entry kali ini sedikit renungan dan cebisan tazkirah menyelami rahsia Ramadhan

Renungan Ramadhan– Muqaddimah
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Sholih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam sholat ‘Id. Mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Rob kami.

Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka jadikan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.
Rasul saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an. Sesungguhnya Rasul saw lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang bertiup.
(Hadist riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya,
Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya
memberikan syafaat.
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Berusahalah agar hati kita menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.

Hadits Qudsi:
(HR. Ibnu Huzaimah,dlm shahihnya, dari Abu Hurairah sanad sahih)
“Tiap-tiap amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.Dia tidak makandemi mematuhi perintah Ku, dia tidak minum demi mematuhi perintah Ku dan dia tidak mengadakan hubungan seksual dengan isterinya demi mematuhi perintah KU”

Puasa di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Hendaklah senantiasa memastikan bahwa kita semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Rob kita dengan hati kita pada bulan mulia ini. Ramadhan juga adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt.

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Allah paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits.

Rasullulah saw. bersabda,
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!’”

sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.

”(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah:185)

Hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini bererti, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam keadaan seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

diusun dari: Hadith Tsulasa: Renungan tentang Bulan Ramadhan
oleh Hassan Al-Banna

Khamis, 21 Julai 2011

Cerita Tentang Premium Beautiful (Bhgn III)

Kita sambung lagi cerita ttg PB ni k. Aku teruskan pakai PB ni pada hari ke tiga. Tapi aku selang sahari tak pakai sbb nak basuh PB tu. Kiranya kali ketiga aku pakai adalah pada hari ke empat.
Kali ni nak cerita pasal healing crisis yang aku alami.

Sebelum ni healing crisis yg aku alami adalah pening2 dan muntah. Tapi kali ni agak mencabar. Habis satu badan naik merah2 dan gatal2. Sampai kena jumpa goktor dan ambil suntikan untuk kurangkan keradangan pada kulit. Huhuhu.. Mula2 fikirkan sbb salah makan. Kulit aku ni mmg allergic dan cepat merah kalau salah makan. Tapi bila kawan yg jual PB kat aku sms dan bgtau yg gatal2 tu salah satu healing crisis bila pakai PB. Rupa2 nya mcm tu. Terima lah seadanya sbb nak kurus kan.

Lama jugak aku kena gatal2 dan merah2 badan. Lebih kurang seminggu jugak. Tapi aku tetap teruskan pakai PB dan ambil antibiotik utuk kurangkan kegatalan.

Dan hari ini, pada hari Jumaat bersamaan 22 July 2011 aku dah nampak hasilnya. Pada hari ni aku pakai seluar yang aku beli pada bulan lepas bersaiz 31 inci. Agak besar kan... Huhuhu.. Malu nak cerita sebenarnya. Tapi bila aku pakai, terasa amat longgar sangat2 terutama pada bahagian pinggang. Siap kena pakai tali pinggang dan kena tebuk lubang lain. Waahhh.. Tak percaya pada mulanya. Aku pun saja2 lah ukur pinggang. Dan agak terkejut jugak sbb nampak angka 29 inci. Huhuhuhu... Betul.. Ini kenyataan tau. Bukan cerita rekaan dan aku sendiri pada mulanya sukar nak percaya. Tapi aku sangat2 bersyukur sebab dah nampak hasilnya. Cuma sekarang aku tak berani lagi nak timbang berat. Sbb selalunya kalau timbang mesti kecewa sbb jarum timbang tu tak pernah nak berubah. Statik macam tu je.

Cerita Tentang Premium Beautiful (Bhgn II)

Hahahhaa.. Dah macam novel bersiri pulak. Tapi tujuan aku buat entry bersiri ni sekadar nak berkongsi pengalaman sepanjang pakai PB. Ok.. Aku sambung kisah hari kedua pulak. Kebetualan hari kedua aku pakai jatuh pada hari Sabtu. Dan hari tu adalah hari cuti. Mula2 berkira2 jugak nak pakai or tak sbb hari cuti dah tentu byk keja nak buat kat rumah. Tapi husband ajak keluar jalan2 dan balik kampung pulak.

Aku pakai seawal jam 8 pagi. Keluar rumah tanpa ambil sarapan, hanya minum air suam 2 gelas. Jam 11 pagi perut dah mula terasa lapar. Hubby singgah berenti makan dalam jam 12.00 tghari. Masa tu rasa lapar sangat. Tgk lauk rasa nak ambil semua. Tapi bila dh terhidang depan mata, aku cuma makan separuh saja nasi dan selebihnya makan lauk. Itu pun dah terasa kenyang sangat2.

Lepas makan kami teruskan perjalanan dan tak sangka hubby melencong pulak terus naik genting. Apalagi.. masa untuk berfoya-foya bersama hubby dan anak2 tercinta. Kami masuk dalam jam 2 petang. Puas jugak lah main dan enjoy sampai jam 9 malam. Yang menariknya, aku tak rasa lenguh2 kaki dan sakit pinggang langsung. Selalunya, kalau berjln lama mesti terasa sengal2 badan walaupun cuma keluar shopping kat giant selama 2 jam.

Dalam jam 9 malam, kami turun genting. Masuk je dalam kereta, aku terus buka corset sebab terasa lama sgt pakai, lebih dari 12 jam. Lepas je bukak, kepala rasa pening dan berangin. Mulut tak habis2 keluarkan angin. Cepat2 minta hubby berentikan kereta tepi jalan sbb nak muntah. Huhuhuhu.... Lepas je muntah mmg terasa lega sangat.

Perut mula terasa lapar. Dalam perjalanan ke rumah mak, kami berhenti makan. Order mcm2 sbb lapar sgt. Ada Siakap Stim, Sayur Campur, Telur Dadar dan Sup Daging. Tp seperti tghari tadi. Aku cuma makan separuh saja nasi dan selebihnya ratah lauk. Bila sampai rumah mak, mmg tak terasa langsung lenguh2 badan malah rasa badan sihat sangat walaupun seharian berjalan.

Rabu, 13 Julai 2011

Cerita Tentang Premium Beautiful

Lama betul tak buat entry baru. Ok.. kali nak buat entry bersiri boleh tak... hahaha.. Kira boleh lah. Entry kali ni nak cerita pengalaman pertama hingga kini sepanjang pakai Premium Beautiful (PB). Macamana boleh terperdaya beli PB ni pulak kan... Huhuhuu...

Sebenarnya dah lama berminat nak beli PB ni tapi asyik tak jadi je. Macamana boleh berminat sebab baca testimonial yang amat memberangsangkan. Dari yang aku tahu PB ni lebih kepada kesihatan dan selebihnya untuk kecantikan. Kalau kira peratus adalah 70% untuk kesihatan dan 30% pula adalah untuk kecantikkan. Kenapa kesihatan lebih dari kecantikan??? Jawapannya sangat mudah, kalau tak sihat macamana nak cantik kan. So, bila dah sihat kita akan lebih cantik dan tentukan akan berusaha untuk kelihatan menarik tanpa sebarang masalah kesihatan.

Huhuhuu.. Banyak pulak celotehnya. Aku teruskan dengan pengalaman pertama pakai PB. Hari pertama aku pakai PB adalah pada tarikh 01 Julai 2011. Tapi tak pakai full set, cuma pakai girdle dan bengkung. Long bra belum dapat sebab kawan salah bawak saiz. Pakai pada jam 8 pagi sebelum pergi kerja.

Sepanjang berda di ofis kepala rasa berat dan pening-pening. Kebetulan masa tu ada batuk dan selsema. Serta demam pun baru je kebah. So, ingatkan masih tak sihat sepenuhnya. Tengahari tak ambik lunch pun sebab tak terasa lapar. Balik dari tempat kerja dalam pukul 5 petang. Beli lah kepak ayam panggang untuk alas perut sbb masa ni dah mula rasa lapar. Sampai je kat rumah terus buka sebab rasa terlalu lama pakai. Elok je buka, kepala terasa pening-pening lalat. Dan angin beriya-iya keluar melalui mulut. Terasa nak muntah pun ada.

Tapi sebab rasa lapar, ajak hubby pergi makan kat Tesco, Mutiara Damansara. Masa dalam kereta masih lagi terasa pening dan mual. Dalam kepala otak ni dah mula fikir yang bukan2. Takkan Faiq nak dapat adik kot... huhuhu... Elok je sampai tempat parking tesco, aku terus rasa nak muntah. cepat-cepat keluar keta dan muntah kat situ jugak. Nasib baik ada longkang. Habis semua sisa-sisa kepak ayam yang aku makan tadi keluar. Lepas je muntah, kepala rasa ringan sesangat.

Pastu masuk Tesco dan makan kat restoran Santai. Orderlah Siakap Tiga Rasa, Baby Kailan Ikan Masin dan Sup Ekor serta nasi 2 pinggan. satu untuk aku dan satu lagi untuk hubby. Selalunya dalam keadaan yang lapar sebab tak makan lunch hour aku bole habiskan sepinggan nasi. Tapi kali ni, aku cuma makan separuh sahaja itupun dah mengah dan jenuh nak habiskan. Selebihnya bagi kat hubby. Hubby pun pelik, aku lagi lah pelik... Huhuhu...

Inilah cerita hari pertama aku pakai set PB. Walaupun tak pakai full set kesannya pada aku dah ada walaupun pada hari pertama. Ok.. ok.. Cerita ni akan bersambung tau. Nanti aku story cerita hari kedua pulak. Nantikannya.. Hahhahaa.. macam sekuel Transformers pulak...