W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Ahad, 23 Januari 2011

Khalifah Kecil Di Bumi ALLAH

Sgt excited nak cerita tentang khalifah2 kecil di bumi ALLAH. Sabtu tdi bersamaan 22 Januari 2011 kami menghadiri majlis Family Day di Smart Soleh Intregrated Preschool. Itulah sekolah Izzatti. Majlis lebih kepada suaikenal antara ibu bapa, guru2 dan khalifah-khalifah kecil ALLAH. Serta sesi penerangan tentang cara pembelajaran di Smart Soleh. Semasa sesi penerangan dari pengasas Smart Soleh, Puan Norafiza, mula2 rasa agak boring jugak. Yelah, lama tak dengar org berceramah ni. Tp bila sampai bab khalifah-khalifah kecil aku jadi excited pulak.

SIAPAKAH KHALIFAH-KHALIFAH KECIL ALLAH???
Khalifah kecil ALLAH tentunya adalah anak2 kita. Yang diamanahkan ALLAH kepada kita. Kat sini aku nak citer cara pembelajaran di Smart Soleh ni. Di Smart Soleh mereka lebih menekankan cara hidup, akhlak dan pembelajaran secara Islam. Semestinya Nabi Muhammad s.a.w dijdkan role model kerana sebaik-baik akhlak adalah dr Rasulullah s.a.w.

Salah satunya caranya ialah setiap hari mereka akan memberitahu dan mengingati anak2 kita ini yang meraka adalah khalifah ALLAH. Apakah peranan khalifah ALLAH di bumi ini.

1. Sentiasa berbuat baik.
2. Mengajak orang lain berbuat baik.
3. Sentiasa memelihara dan menjaga kebersihan bumi ALLAH.

Di Smart Soleh jugak mereka mengajar khalifah-khlaifah kecil ini mengenal huruf menggunakan sistem Phonic. Aku pun first time dengar tentang sistem ni. Agak menarik sebab sebelum ni kalau ajar Izzatti sebut huruf, kalau A bunyinya tentu A. Kalau S bunyinya S. Tp dengan sistem phonoc ni, kalau A bunyinya Aaa. B bunyinya bhehrr. S bunyinya ssser. D bunyinya Dhehrr.
Hehehe.. Agak pelik kan. Tp dengan cara ini, khalifah kecil akan lebih cept mengenal suku kata dan membaca.

Lepas dengar penerangan dr pengasas Smart Soleh, aku pun dalam masa yang sama turut belajar jugak. So, lepas ni boleh pratikkan kat rumah. Skrg pun perkara yang selalu aku sebut kat izzatti masa bersma dia ialah mengingatkan bahawa dia adalah Khalifah ALLAH. Khalifah ALLAH kena sentiasa berbuat baik.

Harapan ibu
Ibu sentiasa mendokan yang terbaik untuk Izztti dan Faiq. Semoga didikan dan ilmu yang diberi samada dr ibu serta ayah ataupun di sekolah dapat menjadikan Izzatti dan Faiq sebagai insan yang soleh dan solehah. Sentiasa berbuat baik kepada manusia, makhluk lain dan bumi ini. Menjadikan Islam, Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan cara hidup. Mentaati suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya. Dan seorang yang dadanya penuh ilmu untuk perjalanan di dunia dan akhirat.





Semoga anak ibu menjadi pelajar yang cerdik dan pintar.


Adik FaiQ pun nak join gak.. hehheehe..




Sesi bergambar bersama ibu bapa


Sesi penerangan dari pengasas Smart Soleh, Puan Norafiza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan