W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Selasa, 26 Oktober 2010

.: Cerita Berjauhan - Part I :.

Berjauhan.. ermmm... sapa yang nak duduk jauh2 ngan hubby tercinta kan. Apalagi baru lepas kawin. Tapi itulah yang aku alami selama hampir 4 tahun. Hakikatnya, banyak cerita yang nak diluahkan. Baik buruk duduk berjauhan serta pengalaman yang jarang pasangan yang dah berkahwin lalui. Tapi aku bertuah kerana dapat merasai pengalaman tu.

Aku berkenalan dengan hubby pada tahun 2001. Bertunang pada tahun 2005 dan berkahwin setahun selepas tu, tahun 2006. Masa bertunang kami sama2 tinggal di Johor. Keje di syarikat yang sama dan pastinya tiap2 hari berjumpa. Dan sebelum kawin, kami buat keputusan nak berhijrah ke KL. Kota yang menjanjikan seribu janji manis.... ermmm....

Tapi.. aku dah dapat keje... ermm... hubby ku n pd masa tu masih tunanganku belum dpt keje. Macam mana??? Tarikh nikah dah dekat. Tapi kami berserah pada ALLAH... kami teruskan jugak majlis nikah. Walaupun ringkas dan sederhana tapi aku cukup bersyukur apabila bergelar ISTERI kepada BADLI SHAH BIN SABRAN. Baru satu masalah selesai. Masalah lain masih menunggu
.

Majlis kenduri diadakan 2 bln slps tu... tp hubby ku masih belum dpt sebrg tawaran kerja. Duit simpanan pun dh hampir kontang. Yelah, nak pakai duit utk kenduri kawin lagi. Tp majlis perkahwinan kami berjln lancar. Dan aku masih boleh tersenyum walaupun dlm hati hanya ALLAH yang tahu...

Lepas kawin aku terus menetap kat KL. Dan di sinilah kisah kami bermula... PJJ a.k.a Perkahwinan Jarak Jauh. Hubby dh dpt keje tp kat Taiping, Perak. Ermmm... sedih tak terkata. Baru kawin tp kena duduk jauh2. Aku menyewa bilik je kat KL. Satu rumah duduk ramai2.. tak silap aku 7 org satu rumah... huhuhu. Macam zaman belajar pulak kan. Dan dlm rumah tu aku sorang jer yg dh kawin.

Dalam bulan September 2006, majlis kenduri di pihak lelaki pulak. Dan dlm bln tu jugak aku disahkan hamil 3 minggu.... Waaaaa... rasa nak meraung kuat2... Mengandung tapi takde laki... ada ke patut org cakap macam tu... Heiii.. aku dah kawin cuma laki aku dok jauh.... Rasa nak cili2 mulut org yg ckp mcm tu.

Walaupun dh disahkan peknen, aku ttp teruskan keje kat KL. Segala sakit, loya, muntah n pening aku tanggung sendiri. Adalah kwn2 satu rumah tlg tengok2 kan. Tp tolong mana yg boleh jelah kan. Dah lah morning sickness sampai 7 bln... dugaan betul. Dan aku hanya berjumpa dengan hubby 2 Or 3 minggu sekali. Balik tepeng naik bas dengan membawa perut yang semakin membesar. Sayu hati bila tgk org lain bahagia bersama suami tersayang. Apatah lagi dlm keaadaan aku yg tgh peknen.... :(

Itulah rutin aku sampailah bersalin. Dan tanggal 24 April 2007, lahirlah puteri kami yang comel menjenguk dunia. Tapi dlm kegembiraan masih terselit perasaan terkilan. Sebab yang hantar aku ke hospital masa sakit nak bersalin adalah keluargaku dan bukannya hubby. Hubby masa tu masih di tepeng. Dia sempat sampai sblm aku bersalin tp tak dibenarkan masuk utk jumpa aku sbb aku kena induce kerana terlebih hari. Bayangkan dalam keadaan sakit tapi tak dibenarkan jumpa hubby. Tak sempat nak cium tangan dia dan minta maaf. Hanya ALLAH yang tahu apa yg ada dlm hati masa tu.....

** sambung part II**
Tunggu ada mood nak menaip yer. ada keje lorr...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan