W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Selasa, 2 November 2010

.:Cerita Berjauhan - Part II:.

*** Sambungan....

Walaupun puteri kami dh lahir, aku n hubby masih lagi pjj. Dan yang paling membuatkan aku bertambah sayu bila terpaksa meninggalkan puteri kami dlm jagaan mak di Sungkai. Kalau sebelum ni hanya 2 tempat, tapi kali ni 3 tempat... KL-Sungkai-Taiping.

Hari pertama aku ke tempat kerja setelah cuti berpantang selama 60 hari adalah hari pertama jugak aku terpaksa berjauhan dgn puteriku. Seawal jam 7.30 pagi aku memulakan perjlnan ke KL. Tapi tak sampai 15km ku telah berpatah balik bila hati tak keruan mengingatkan puteriku. Samapi je kat rumah terus aku memeluk puteriku dan memberinya susu dari badan ku sendiri. Ya ALLAH... begitu berat rasanya dugaanmu kali ini. Mak memujukku... katanya pergilah kerja. Jangan risau, mak akan jaga Izzatti sebaik2nya... Dengan berat hati aku terpaksa juga melangkah pergi...

Hampir 3 tahun jugak kami bertiga saling berjauhan. Tapi dlm tempoh 3 tahun tu, kami berjumpa setiap kali hujung minggu. Berjumpa samaada di Sungkai atau di Taiping. Kalau giliran pulang ke Taiping, aku akan memandu ditemani puteriku. Dan hubby menunggu kedatangan kami. Puteriku juga seperti faham, dia akan tidur sepanjang jalan tanpa meragam kecuali jika hendak menyusu. Aku hanya mampu berdoa agar perjlnan kami selamat sampai.

Dan pada tahun 2009, aku dan hubby merancang untuk menambah ahli baru dlm keluarga kami. Tapi dlm hatiku masa tu bercampur-campur. Bersediakah aku nanti?? Banyak perkara kena dibincangkan. Siapa yg kan menjaga bakal anak kami nanti?? masih berjauhan kah nanti?? Kuatkah aku?? Mcm2 soalan yg bersarang dlm kepala. Tp aku hanya berserah pada ALLAH.
Dan pada Oktober 2011 aku disahkan hamil 2 bln anak kedua. Berita itu disambut dengan penuh kesyukuran. Tapi????

Sepanjang hamil anak kedua aku dah duduk di rumah sendiri di Damansara. Duduk dengan adik bongsuku. Pengalaman mengandung kali ni lebih mencabar. Morning sickness tiap2 hari sampai kandungan ku mencecah 6 bln. Lepas tu betis pulak boleh dikatakan tiap2 mlm cramp. Walaupun duduk dgn adik, kami jarang bersua muka sbb adik keje shift. So, kalau demam or sakit mmg kena tanggung sendiri sampailah cukup bulan. Bayangkan kalau aku terbersalin kat rumah sorang2 tgh2 mlm.. tak ke haru jdnya... Tp ALhamdulillah... semuanya selamat...

Tanggal 28hb April aku dimasukkan ke hospital Slim River sbb baby kurang gerak. Nasib baik masa tu hubby cukup ambil berat. Dia sanggup cuti untuk jaga dan sentiasa berada di sisi. Mlm 01hb May 2010 aku dh mula rasa kontraksi yg kerap. Jam 4pagi pintu rahim dh buka 4cm dan terus masuk dlm labor room. Dan aku gembira pada saat aku sakit nak melahirkan anak kedua, hubbyku sentiasa berada di sisi. Sempat minta maaf dan cium tangan. Sepanjang proses kelahiran, hubby memegang erat tangan ku. Tepat jam 7.15 pagi lahirlah puteraku yang comel... Tiada kata dpt diucap selain Alhamdulillah dan syukur pada ALLAH.

Selepas habis cuti berpantang, kehidupan kami berubah sama sekali. Aku dan hubby masih lagi PJJ cuma kali ni aku bersama anak2 tinggal di Sungkai. Tp aku masih kerja kat KL. Dan kali ni dengan penuh tawakal, berdoa dan berserah pada ALLAH, aku berulang alik dari Sungkai ke KL. Perjalanan setiap hari lebih kurang 300km. Tak sanggup nak tinggal puteraku yang masih menyusu badan (aku dh niat nak bfkan puteraku sampai umur 2 tahun, Insyaallah). Lagi pun puteri sulung kami dh mula ke sekolah. Dan aku tak nak terlepas perkembangan kedua2 anak ku.

Tapi kini aku dah boleh tersenyum kerana hubbyku sentiasa berada di sisi (kecuali pegi keje). Sebab dia dh dapat keje baru di Sungkai. So, tiap2 mlm dh ada teman tido selain anak2... memang boleh tersenyum lebar kan... Inilah Kisah kami... Kami Berjauhan Tapi Kami Saling Menyayangi... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan