W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Khamis, 28 Julai 2011

Ramadan - Tip Melatih Anak Berpuasa

Memang exited nak sambut Ramadhan tahun ni. Tak sabar rasanya. Lebih kurang 2 hari lagi Ramadhan akan menjelma. Salah satu sebabnya ialah nak ajar Izzatti berpuasa. Ramadhan tahun ni Izzatti dah berumur 4 tahun 3 bulan++. Rasanya umur yang paling sesuai nak latih dia berpuasa.

Sebelum Ramadhan datang, Ibu dah banyak kali terangkan pada Izzatti yang dia kena puasa pada bulan Ramadhan. Kena tidur awal dan kena bangun awal pagi untuk bersahur. Kemudian terangkan pada dia pada siang hari tak boleh makan dan minum. Hanya boleh makan dan minum pada waktu berbuka selepas azan Maghrib berkumandang. Alhamdulillah, Izzatti faham dan di sekolah pun Izzatti cakap ustazah pun ada cerita pasal puasa.

Walaupun Izzatti belum faham sepenuhnya lagi apa itu puasa dan ramadhan. Ibu nak dia berlatih berpuasa di awal usia agar dia lebih bersedia dan faham apabila usia dah meningkat nanti. Sebagai persedian, Ibu pun ada jugak google banyak blog dan tip2 nak melatih anak berpuasa. Yelah kan, anak kecil ni tentu banyak karenah dan perangai. Jadi, kena penuhkan ilmu di dada dulu sebleum nak ajar mereka.

Di sini antara tip yang boleh ibu2 pratikkan untuk melatih anak2 kecil...
Sumber dari http://baihaqi.net/



Ramadan tiba lagi. Lebih mengujakan, tahun ini si kecil mulai belajar berpuasa! Namun, melatih si kecil berpuasa tidak boleh dilakukan secara paksa. Perlu dilakukan secara bertahap kerana si anak belum memiliki kewajiban berpuasa penuh . Beberapa cara yang boleh membantu dalam melatih si kecil berpuasa. Semoga Allah s.w.t memudahkan niat anda untuk mendidik buah hati tercinta. Jika sukar mendidi knya usah putus asa. Sesungguhnya Allah s.w.t dekat dengan hamba-Nya yang bertaqwa.

1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lambat, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. Akan tumbuh niat yang kuat dalam diri si kecil saat tibanya Ramadhan.

2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Si kecil pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur si kecil bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian si kecil.

5. Seeloknya jauhkan si kecil daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan si kecil bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada si kecil. Mereka pasti akan merasa senang sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar si kecil lupa dengan rasa haus dan lapar. Anda juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersamasama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak si kecil menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Manfaatkan semaksima mungkin pembiasan puasa di bulan Ramadhan bagi anak-anak sejak awal usia mereka. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat si kecil untuk berpuasa. Mendidik anakanak adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak-anak merupakan tabungan ibadah bagi anda sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.

1 ulasan: