W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Jumaat, 25 Mac 2011

Mengajar Anak Menggunakan Tandas (Potty Training)





Kebelakangan ni asyik terbaca status kawan-kawan kat facebook bertanyakan macam mana caranya nak mengajar anak menggunakan tandas atau potty training. So, tergerak hati nak buat entry ni. Diharap dapat membantu... :)

Pada umur bilakah waktu paling sesuai nak ajar anak ke tandas??
Mesti ramai ibu2 di luar sana berfikir, bila masa yang sesuai nak ajar anak ke tandas dan hentikan anak dari memakai lampin pakai buang. Setahun, setahun setengah, 2 tahun atau pun biarkan sampai anak sendiri tahu nak ke tandas. Sebenarnya tiada umur khusus nak ajar anak buang air sendiri ke tandas. Walaupun ada sumber mengatakan umur paling sesuai adalah 2 tahun kerana pada peringkat ini anak2 kebanyakkannya dah pandai bercakap. Jantina juga memainkan peranan, biasanya anak perempuan lebih cepat belajar berbanding anak lelaki.

Melalui pengalaman aku sendiri mengajar Izzatti ke tandas masa dia dah mula pandai bercakap dan meminta sesuatu. Lebih kurang pada usia mengjangkau 2 tahun.




Antara cara-cara yang aku gunakan adalah ***sebenarnya belajar dari mak sendiri :

Peringkat Pertama
  • Jangan pakaikan lampin pada waktu siang.
  • Semasa pakaikan baju selepas mandi pagi pesan pada anak macam ni, "Izzatti, kalau nak kencing cakap tau... takpun terus pergi toilet. Jangan kencing dalam seluar tau." dan sebagainya. Pesan banyak kali dan jgn bosan untuk pesan pesan kat anak. Lama kelamaan dia akan ingat.
  • Terapkan perasaan malu pada anak. Boleh cakap pada anak macam ni, " Izzatti dah besar kan... malulah kalau kencing pakai pampers, nanti nak pegi sekolah kawan2 tak nak kawan."
  • Tanpa perlu tunggu anak cakap nak buang air, aturkan anak untuk pergi ke tandas setiap 30 minit ke 1 jam sekali. Ia perlu untuk 1 ke 2 hari pertama. Kadangkala berlanjutan sampai seminggu.
Peringkat Kedua
  • Masih lagi teruskan peringkat pertama. Tapi kali ni memadai dengan bertanya, "Izzatti nak kencing tak??"
  • Kalau rasa dah lama dia tak ke tandas, suruh anak ke tandas untuk buang air kecil. Kadang2 anak-anak ni leka bermain sampai tak sedar dah tercicir.
  • Ataupun pada hari dia kerap menyusu botol. Sentiasa ingatkan dia untuk ke tandas.
Peringkat Ketiga
  • Wajibkan anak buang air sebelum tidur siang ataupun sebelum nak berjalan naik kereta.
  • Kalau rasa anak tidur siang lama sangat, 2 ke 3 jam. Kejut dan angkat dia bawa ke tandas untuk buang air.
  • Kalau dalam kereta kerana perjalanan yang panjang seperti balik kampung. Singgah di mana2 hentian, bawa anak ke tandas untuk buang air kecil. Izzatti skrg dh terbiasa. Setiap kali berhenti kat mana2 RnR atau hentian, dia kan minta untuk ke tandas.
Peringkat Keempat
  • Sebelum masuk peringkat keempat pastikan peringkat pertama hingga ketiga dah sukses.Bermakna pada sblh siang anak dengan sendirinya dah pandai ke tandas.
  • Pada peringkat ni nak ajar anak tidak pakai lampin pada waktu malam.
  • Pastikan anak dah buang air kecil sebelum tidur. Sekiranya anak masih menyusu botol, pastikan anak buang air kecil satu jam selepas menyusu. Kadang2 ada anak yg tertidur masa menyusu. Angkat dan bawa di ke tandas untuk buang air kecil.
  • Kejutkan anak lebih kurang 2 ke 3 jam selepas anak tidur malam, untuk aturkan dia buang air kecil. Selepas tu, insyaallah anak akan tahan sampai ke pagi.
  • Pada peringkat ni, ibu dan ayah kena sungguh2 dan banyak sabar. Yelah, kadang2 ibu terlena sampai lupa nak kejut untuk buang air. Tahu-tahu tilam dah basah... hehhee. Masa ajar Izzatti dulu, kebetulan aku tengah mengandungkan Faiq. So, bukan satu masalah nak kejutkan dan bawa dia ke tandas sbb aku masa tu mengalami masalah kerap buang air... hehhe...
  • Kita sebagai ibu dan ayah jangan putus asa dan jangan malas-malas sekiranya anak kadang tercicir buang air di merata tempat. Anak memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rutin buang air ke tandas.
Anak Buang Air Besar
  • Ada sesetengah anak, walaupun dia dah biasa buang air di tandas tp sebolehnya dia nak buang air besar dalam lampin. Ini kerana dia dh terbiasa dgn perbuatan buang air besar dlm pampers.
  • Sentiasa alert dengan sikap anak bila masa nya dia nak buang air besar. Sesetengah budak akan menunjukan sikap seperti menyorok di balik meja atau pun kentut terlebih dahulu. Kalau dah nampak sikap atau terhidu bau angin dr perut anak tu, cepat2 bawa ke tandas. Pada permulaan, anak akan takut untuk duduk dalam toilet seorg diri. Jadi temankan dia sambil beri kata2 perangsang... "Izzatti boleh, izzatti kan dah besar.."
  • Kadang2, walaupun dah 10 minit duduk kat toilet bowl tu anak masih belum buang air besar walupun seketul kecil. Ini kerana anak tak biasa nak teran dlm posisi duduk. So, biarkan dia mencangkung utk buang air besar di lantai. Bagi yang ada tandas cangkung tu lebih senang lah kan.
Lain-lain Tips
  • Sentiasa sabar dan jangan putus asa dengan kerenah anak. Sebab anak2 ni kadang pandai bagi alasan.
  • Psikologi anak. Sentiasa ingatkan anak betapa pentingnya dia perlu buang air ke tandas. Terapkan perasaan malu dan terangkan secara baik kenapa dia perlu buang air di tandas.
  • Boleh lah belikan seluar dalam yang comel sebagai ganjaran kepada anak sekiranya dia dah pandai ke tandas sendiri. " Kalau Izzatti pandai buang air dalam tandas, nanti ibu belikan seluar dalam Barbie tau... "
  • Belikan potty training yang colorfull dan letakan di dalam tandas.
  • Apa yang penting, sebelum disiplin kan anak, kita sebagai ibu dan ayah perlu disiplin dulu barulah boleh ajar anak. Anak tak akan padai dalam sehari. Perlukan masa jugak.
  • Untuk Ibu yang berkerja, boleh mulakan pada hujung minggu. Dan diteruskan di rumah pengasuh. Terangkan kepad pengasuh untuk sama-sama membantu mengajar anak membuang air sendir di tandas. Hadkan bilangan lampin yang diberikan kepada pengasuh, jadi anak anda akan cepat belajar. Sekiranya dah berjaya, berikan cenderamata atau hadiah kepada pengasuh kerana membantu kita.


8 ulasan:

  1. waaaa..bgs nie..hehehhe....teringin nk cbe kat acha..maceh kak info nie...

    BalasPadam
  2. until now....acha still x pndai lg....hahhaa...x berjaya mama nk ngajar..aaduyaiii....kne byk praktis lg nie..heheh!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,

    Dear... akak copy cara2 potty training nie yer...
    nak share kat kawan2. Anak akak, kalau buang air kecil dah tak ada masalah. Masalahnya tak nak buang air besar kat toilet!

    Thanks,
    Liana
    http://ummihusna.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Sy share dgn rakan ye, tq so much...
    Nana

    BalasPadam
  5. tgh ajar anak sekarang.guna toilet trainer yg ltk ats bowl toilet tu.awl2 biasa ler mesti ade tbabas.sabar je la mamanyer.so,saya mntk share sket tips2 ni yer.tq

    BalasPadam