W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Rabu, 27 April 2011

~WADAI KIPING (Masakan Orang Banjar)~

Apakah?? Namanya pun dah unik kan. Wadai Kiping ni adalah salah satu masakan orang banjar. Of course lah aku ni keturunan banjar. Dah Mak Abah orang banjar. Kali ni aku nk citer sikit apa itu Wadai Kiping.

Wadai dalam bahasa banjar bermaksud kuih. Apa sahaja jenih kuih akan dipanggil wadai. Kiping pulak adalah kepingan tepung pulut yg telah digentel. Ada juga yang memanggil Wadai kiping sebangai Wadai Gayam.




Inilah rupanya adunan yang telah digentel.



Kasi close up sikit



Wadai Kiping yang telah siap dimasak. Letak durian lagi mebeles... ;)

^
^
^
^
^

RESEPI WADAI KIPING

Bahan A
Tepung pulut
Sedikit air kapur
Air
Garam

Bahan B
Santan kelapa
Gula merah
Gula pasir
Garam
Daun pandan
Durian (penambah rasa)
* sebenarnya tiada sukatan yang tepat, ikut suka je berapa banyak nak buat

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm. Ketepikan.
2. Masak santan. Masukkan gula merah, gula pasir, garam. Kacau sebati hingga mendidih. Masukkan bahan A yang telah siap digentel tadi.
3. Masak hingga lembut.
4. Akhir sekali masukkan daun pandan dan durian.





~KULAAN NIRING NAPA TAKURIHING~


***pssstt : Akan datang. Entry lain mengenai makanan orang banjar.





2 ulasan:

  1. ~KULAAN NIRING NAPA TAKURIHING~ kalu nmpk sticker ni kat blkg kate org..ku senyum sorg2..oo banjar juak leh..

    BalasPadam