W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Rabu, 21 Mac 2012

~BAYI UNTUK DIJUAL~


Kepada sesiapa yg ingin membeli baby gurl,sila hubungi 0122705354 sebelum di buang k dalam tong sampah!


Waahhh.. Dasyat betul status mak budak ni. Sampai sanggup nak jual baby dia kat Facebook. Aku pun pada mulanya agak berapi gak bila baca status tu. Tapi setelah dibaca semua komen2 yang terdapat di bawah gambar baru lah faham. Cuma yang agak tak berapa gemar bila mak baby ni tambah ayat kat belakang tu... 'sebelum di buang k dalam tong sampah!

Kalau ye pun tengah tension or dah takde cara lain nak buat untuk sembuhkan anak dia, berfikirlah secara waras. Tak perlulah ayat tu dibuat. Buat satu Malaysia gempar dan siap ada yg nak buat report polis lagi tu. Dan tak pasal2 jadi fitnah bila ada org lain baca tak habis.



Baby ni d jual tuk di jadikan sbg ank angkat dgn nilai 50sen coz kena sawan tangis sj,kdg2 xblh handle,saya bukan zalim nk buang..KECOH SATU DUNIA!glamour sgt ek


Dan gambar di atas ni mak baby ni dh bagi statement yg anak dia dah kena jual... Ermm... Glemer lah sangat kan.

Pasal nk 'jual' anak sebab kena sawan tangis ni aku tak pernah dengar sebenarnya. Mungkin lebih kepada adat org2 tua dulu. Anak yang di 'jual' kepada keluarga angkat biasanya akan pulihdari sawan tangis tu. Jual pun pada harga kurang dari RM1, contohnya 25 sen or 50 sen. Anak tu pun bukannya bg terus pd keluarga angkat tersebut tp lebih kepada akad saja.

Errmmm... Dari pengalaman aku sendiri sebagai seorang ibu memang pernah alami situasi dimana anak menangis tak berhenti2. Masa dalam tempoh pantangkan Faiq dulu, Faiq mmg suka menangis, bg susu menangis. Nak tido menangis, dukung pun menangis. Tp aku masih lagi waras dan boleh berfikiran secara cerdik. Aku google kenapa bayi kerap menangis dan cara mengatasinya. Dan antara yg aku dapat adalah, anak itu adalah satu ujian dari ALLAH untuk para ibu bapa. Mungkin sebagai balasan dari ALLAH atas dosa2 lampau mereka. Jadi, sekiranya ibu bapa tersebut redha maka gugurlah dosa2 tersebut.

Cara lain yg aku buat ialah mandikan anak dengan air bacaan Yassin serta sentiasa alunkan zikir2 dan ayat Al-Quran pada telinga dia semoga takde gangguan lain yg boleh buat dia menangis. Alhamdulillah... Habis je pantang dan genap umur Faiq 3 bulan dia dah tak kerap lagi menangis.

Kita hanya berusaha tapi ALLAH yg mengizinkan sesuatu itu terjadi. Yg buruk datang dari kita dan yg baik hanya dari ALLAH.


Rabu, 7 Mac 2012

.:Selamat Hari Wanita:.



Dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina
Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Saya bangga dijadikan seorang wanita, anak, isteri dan ibu. SELAMAT HARI WANITA...

Jumaat, 24 Februari 2012

Whoopie Pie


Bahan- bahan


2/3 cawan tepung serbaguna

2/3 cawan serbuk koko tanpa gula

1 1/2 sudu teh baking soda

1/2 sudu teh garam

4 sudu besar mentega tanpa garam, suhu bilik

4 sudu besar lemak sayuran (shortening)

1 cawan gula perang

1 biji telur

1 camca teh vanila

1 cawan susu

Panaskan oven kepada 375 darjah.

Garis lembaran pembakar dengan kertas minyak.

Dalam mangkuk ayakkan bersama-sama, tepung, koko, baking soda, dan garam.

Dalam mangkuk lain, pukul mentega, shortening dan gula dengan pengadun kelajuan rendah sehingga ia sebati. Tingkatkan kelajuan sederhana dan pukul selama kira-kira 3 minit.

Masukkan telur dan vanilla dan pukul selama dua minit lagi.

Tambah separuh daripada campuran tepung dan separuh susu dan pukul kelajuan rendah sehingga sebati. Ulang dengan baki tepung dan susu dan pukul sehingga sebati.

Menggunakan sudu besar, letakkan adunan pada kertas minyak sebesar bulatan 2 inci. Bakar selama kira-kira 10 minit atau sehingga pai masak.

Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama kira-kira lima minit sebelum pindahkan ke rak untuk disejukkan sepenuhnya.

Filling Mentega Kacang

3/4 cawan mentega kacang berkrim (atau rangup)

3/4 cawan mentega tanpa bergaram, suhu bilik

3/4 cawan confectioners gula

1/2 sudu teh garam

Pukul mentega kacang dan mentega pada kelajuan rendah sehingga berkrim menggunakanpengadun.

Tambah gula dan garam dan pukul kelajuan rendah untuk menggabungkan aduan. Tingkatkan kelajuan sederhana dan pukul selama kira-kira empat minit sehingga filling ringan dan kembang.

Masukkan filling dlm piping bag dan di picit di satu bahagian pada kek yang disejukkan. Tutup dengan kek pada bahagian atas dan tekan perlahan-lahan.

Menyimpan pai whoopie dalam bekas kedap udara


Selasa, 17 Januari 2012

Siakap Stim Halia


Lain orang lain caranya untuk masak ikan stim. Mari cuba cara saya pulak memasak Siakap Stim Halia.. ;)

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 jari halia di hiris halus
1 biji limau nipis
5 biji cili padi diketuk
1 biji tomato di potong kecil
1 biji bawang besar di potong bulat
1 kiub ayam
2 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram
1 bungkus tofu telur
2 cawan air
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Daun ketumbar untuk hiasan dan bau
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

Cuci ikan sampai hilang bau. Lumurkan ikan dengan garam dan kukus.
Untuk kuah, masukkan 2 cawan air dlm kuali. Masukkan semua bahan seperti kiub ayam, halia, cili padi, air limau nipis, sos ikan dan sos tiram. Apabila sudah mendidih masukkan sedikit tepung jagung yg telah dicairkan untuk memekatkan kuah. Kemudian masukkan bawang, tomato dan tofu telur. Garam dan gula secukup rasa. Didihkan sehingga masak. Kuah yang masak td boleh lah disiramkan pada ikan. Letakkan daun ketumbar untuk hiasan dan bau. Sedia untuk dihidangkan... ;)

Puding Caramel Jagung



Bahan-bahan

10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 kotak susu penuh krim
1 tin jagung
1 sudu esen vanilla
2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)

Cara-cara membuatnya

2 cawan gula dibuat gula hangus. Masak hingga cair dan keperangan tapi jangan sampai hangus.
Lepas tu masukkan dlm loyang dan dibiar sejuk.

Telur dipukul sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Lepas tu boleh masukkan semua jenis susu dan juga jagung.

Kemudian bolehlah masukkan dlm loyang adunan tadi dan kukus selama 20 minit ke 30 minit. Boleh cucuk dgn lidi or tester cake untuk pastikan puding betul2 masak.

Dah siap.. Boleh lah dihidangkan.

Khamis, 13 Oktober 2011

Ikan Wadik - Warisan Banjar

Tekak ni dah terasa lama tak makan ikan wadik. Apakah ikan wadik? Ikan wadik ni lebih kurang macam ikan pekasam. Ikan yang dijeruk bersama garam dan beras goreng. Tapi sebenarnya aku tak tahu cara nak buatnya. Makan jer tahu... ;)

Masa kecik dulu selalu jugak makan ikan wadik ni. Mak selalu buat sebab dulu kami hidup susah. Kami baru pindah kat felda, pendapatan abah pun tak seberapa. Gaji pun banyak kena potong dengan Felda. Bagi menampung perbelanjaan, abah pun selalulah pergi memancing dan menjala ikan kat kebun. Antara hasil tangkapan adalah ikan haruan, sepat, baung, keli dan lain-lain ikan sungai. Masa kecik dulu nak makan ikan laut memang jarang2 sekali. Kalau dapat makan ayam goreng, memang melompat kesukaan lah. Sayur pun kebanyakkannya sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, terung pipit dan ulam-ulaman kampung.

Hasil tangkapan abah ni selalunya banyak kalau dia pergi menjala. Jadi mak akan buat ikan kering or ikan wadik. Jadi mak dan kakak aku akan jenuh lah menyiang ikan bagi habis sebab ikan2 tu dah mati. Kalau masih hidup akan dikurung. Aku dan adik masih kecik jadi kitaorang ni tengok jelah. Cuma kalau ada ikan yg kecik-kecik tu ada jugak tolong siang.

Yang aku tahu cara-cara nak buat ikan wadik ni. Lepas ikan-ikan dicuci mak akan perap dengan garam dan asam keping selama beberapa hari. Lepas 2 ke 3 hari diperap mak akan masukkan beras goreng yg dah ditumbuk halus. Rasanya ada bahan lain lagi tapi tak tahu pulak apa dia. Ni kena tanya mak... Hhehehe. Lapas tu ikan ni akan diperap lagi sampai cukup masin dan masamnya. Selalunya ikan yang sedap dibuat wadik ialah ikan sepat, ikan puyu dan ikan belanak.

Ikan wadik ni sedap dimakan dengan cara goreng dengan bawang merah dan cili padi. Makan panas dengan nasi putih panas. Pergghhh... Memang terangkat. Tapi teringat pulak masa kecik dulu buat macam nasi air. Nasi putih sejuk tu letak air masak, pastu campur dengan ikan wadik panas. Cara makan hirup macam makan bubur. Syiokknya zaman kecik.. ;)

Ikan wadik ni sedap jugak buat cicah dengan pulut ataupun ibu kayu rebus. Makan pulak waktu petang masa hujan. Ada pulak kopi panas. Adehhh.. kecur air liur dibuatnya. Weekend ni nak balik kampung, nak mintak mak buat ikan wadik lah.. Dah teringin sangat ni... huhuhu...

Jom layan gambar ikan wadik dan ubi kayu rebus...

^
^
^
^
^
^


~Ikan Wadik Goreng~



~Ubi Kayu Rebus~


***Ikan wadik warisan peninian...***



Rabu, 12 Oktober 2011

9 Siti patut dijadikan contoh


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?