W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Selasa, 24 Mei 2011

MANDAI - Kulit Cempedak Jeruk




Haaa.. Apakah?? Makan kulit cempedak?? Betul lah tu. Ini adalah salah satu makanan orang banjar. Entry sebelum ni cerita pasal Wadai Kiping. Kali ni nak cerita pasal Mandai pulak.

Apa Mandai ni?? Mandai adalah kulit cempedak yang dah dibuang kulit luarnya dan dijeruk dengan garam. Senang sangat nak buatnya. Ada banyak cara nak masak dan makan Mandai ni. Paling aku suka adalah goreng bersama bawang dan cili padi. Makan pulak dengan nasi panas. Pergghhh.. Memang mabeles. Ada jugak orang buat masak sambal dengan ikan bilis. Pun sedap jugak.

Sape kata kulit cempedak takde guna. Lepas ni kalau siapa2 yang ada beli cempedak nak buat goreng, jangan buang kulitnya. Try lah buat jeruknya dan cuba resepi di atas. Pasti anda suka.. ;)

Rabu, 18 Mei 2011

DOA SEORANG IBU

Terpanggil2 nak buat entry ni. Tak lah penting sangat cuma nak berkongsi cerita tentang anak dara ibu ni. Alhamdulillah, Farishah Izzatti dah 4 tahun. Makin hari makin bijak dan boleh diharap. Walaupun kadang2 banyak perkara yang buat ibu rasa nak meletup dan bertukar jadi hijau. Tapi kakak tetap cool bila ibu buat muka marah. Rasa tak jadi nak marah, padahal pada mulanya mmg hati sgt2 panas.

Dalam usia 4 tahun aku rasa banyak sangat perkembangan yang positif yang telah Izzatti tunjukkan. Lebih2 lagi setelah dia masuk ke kindergarden. Tapi ibu sangat2 bangga mempunyai seorang anak macam kakak. Antara perkembangan Farishah Izzatti ialah;

1. Alhamdulillah, dh hafal banyak doa harian. Antaranya :
- Doa Makan dan Doa Selepas Makan
- Doa Tidur dan Doa Selepas Tidur
- Doa Penerang Hati
- Surah Al-Fatihah
- Surah 3 kul (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas)
- Doa Iftitah
- Dan sedang dalam proses menghafal doa2 lain.

2. Dah mula pandai solat dan sedang mempelajari dan menghafal surah dalam solat.
3. Rajin berzikir spt Subhannallah, Alhamdulillah dan Zikir Asma Husna. Juga dah hafal 10 nama
Malaikat, 25 Rasul dan Sifat 20.
4. Dah pandai membaca tulisan rumi walaupun tak berapa lancar.
5. Menulis huruf dan nombor dengan lebih kemas dan cantik.
6. Rajin melukis dan mewarna.
7. Dah boleh diharap dan kadang rajin menolong ibu spt; kemas rumah, lipat kain, sapu sampah
dan basuh pinggan sendiri lepas makan.

Berkat tunjuk ajar dari ibu dan ayah serta guru2 di sekolah. Izzatti semakin bijak dan cerdik. Moga menjadi anak yang solehah dan cermerlang dunia dan akhirat. Cara aku mendidik dan mengajar anak nak hafal doa2 ni senang je, sblm tidur sama2 baca doa dan minta dia ulang. Tak perlu lama, 5 ke 10 minit je sebab budak2 ni cepat jemu.

Tapi dah namanya budak, perangai budak2 tu masih ada lah kan. Ada jugak perangai Izzatti yang boleh buat darah ibu mendidih hingga 100 darjah celcius. Betul2 menguji kesabaran. Izzatti ni suka betul buli adik dia. Mcm ada satu sifat cemburu pada dia. Tapi dia ni seorang yang penyayang sebenarnya. Kalau nak pergi mana2 mesti kena ada adik, kalau tak dia akan bertanya dan terus bertanya mana adik dia. Bab sepah mainan dan rumah paling dia suka. Lagi2 bila bergabung dengan adik dia. Macam dilanggar taufan dibuatnya.

Apa2 pun, Farishah Izzatti adalah anugerah terindah buat ibu dan ayah. Sesungguhnya ibu sangat2 menyayangi kakak. Doa ibu moga kakak Zati sentiasa sihat, bijak dan solehah. Bersifat penyayang dan menghormati orang lain.

Selasa, 10 Mei 2011

~SELAMAT HARI IBU~

Sambutan Hari Ibu pada tahun ni jatuh pada hari Ahad, 8 Mei 2011. Agak sibuk pada tarikh tu sebenarnya sbb buat majlis sambutan hari jadi anak-anak. Tapi tetap tak lupa nak ucap ucapan Selamat Hari Ibu kepada mak tersayang, Puan Rokiah Binti Abdul Hamid. Pengorbanan mak terlalu banyak dan tak terbalas rasanya.

Mak adalah seorang yang sangat penyayang, bertimbang rasa serta mengambil berat. Rasanya terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan semasa muda remaja. Yang tentunya banyak mengguris hati dan perasaan mak. Tapi mak tetap tersenyum dan tidak pernah mengalah dalam mendidik dan mengajar aku untuk menjadi seorang anak yang baik dan berjaya.

Mak, Kak Wah sangat menyayangi mak. Mak adalah mak terbaik di dunia. Tak jemu mendidik dan mengajar Kak Wah untuk jadi ibu terbaik pula. Kasih sayang dari mak dan sepanjang hidup sebangai anak mak adalah sangat indah. Mak menjaga Kak Wah dari kecil hingga kini. Mak adalah ratu di hati Kak Wah. Kak Wah sayang mak.




Kasih Sayang Seorang Ibu Hingga Ke Syurga

Kini aku juga telah menjadi seorang ibu kepada seorang puteri dan seorang putera. Baru kini ku faham bagaimana rasanya menjadi seorang ibu. Mendidik dan menjaga anak yang sedang membesar dan perlukan perhatian amat2 mencabar. Apalagi mengurusan mereka seorang diri dari pagi hingga lah ke malam. Memang aku perlu kan kekuatan yang mencukupi dari segi fizikal dan juga mental. Walaupun kadang2 aku rasa sangat2 letih namun sudah tanggungjawab aku untuk menjaga khalifah kecil ini kerana ia amanah dari ALLAH.

Pada hari Jumaat, 6 Mei 2011. Sampai sahaja dari rumah selepas pulang bekerja dan mengambil anak2 dr taska, tiba2 Izzatti datang dan menghulurkan sebuah sampul sambil memelukku. Ku ambil sampul tersebut dan memeluknya kembali. Aku buka sampul dan dapati sebuah kad ucapan Happy Mother's Day. Ya ALLAH, sangat2 terharu dan gembira apabila mendapat kad daripada anakku sendiri, Farishah Izzatti. Walaupun baru berumur 4 tahun, tp dia sudah pandai menghargai ibu. Kad itu dibuat sambil dibantu oleh gurunya.



Inilah kad ucapan Happy Mother's Day dari Izzatti. Tapi dia dah conteng sikit dengan marker pen.

*** Buat semua Ibu, Mak, Ummi, Mummy, Mom or apa saja gelaran buat seorang ibu, Ini adalah anugerah yang paling indah dari ALLAH. SELAMAT HARI IBU...







Isnin, 9 Mei 2011

~SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD FAIQ SHAH RIZZQULLAH~

Alhamdulillah. Anak ibu dah masuk 1 tahun pada 02.05.2011. Lambatnya ibu nak update story pasal besday adik ni. Harapan ibu moga Faiq membesar dengan sihat, soleh, bijak, mendengar kata dan cerdik. Hormat orang yang lebih tua dan sentiasa menyayangi keluarga. Tak kira besar mana pun adik Faiq, adik tetap baby di hati ibu. Tak nak citer banyak. Kita layan je gambar masa sambut besday adik Faiq kat Taman Tasik Taiping.