W.E.L.C.O.M.E

web counter
Selamat Datang, Terima Kasih

Ahad, 23 Januari 2011

Popia Ayam



Kali aku nak share resepi popia ayam hasil dr air tangan adikku. Tp dia belajar dr kakak dia ni jugak... :)

Bahan-bahan (untuk 10 ke 12 biji popia)

Kulit Popia - 10 - 12 keping
Isi Ayam (tp aku guna daging burger ayam Ramly) - 5 keping
Sosej Daging - 3 pcs
Sengkuang - 1 biji sederhana besar
Lobak Merah - 1 batang
(sengkuang dan lobak dihiris halus)
Sayur Campur - 1 cawan
Bawang Besar - 1 biji
Bawang Putih - 2 ulas
Bawang Merah - 2 ulas
(bawang besar, bwang putih dan bawang merah dikisar)
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging ayam yang telah dicincang dan sosej daging yang telah dihiris halus. Masak sampai daging empuk. Kemudian masukkan sayur campur, sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga semuanya bercampur dan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah masak biarkan ia sejuk. Dah sejuk boleh lah gulung popia. Selepas tu boleh lah goreng dengan api perlahan.

Makan.. Makan... Makan...

Sgt2 excited nak update blog. Selepas selesai majlis Family day di sekolah Izzatti, aku cepat2 balik rumah sebab nak masak. Ada tetamu nak datang rumah. Mereka ialah bakal kakak ipar adik aku. Menu yang telah dipilih ialah...

^
^
^
^
^
^
^
^


Nasi Hujan Panas


Acar Timun Dan Nanas



Ayam Masak Merah



Dalca Sayur


Papadom

Best sgt hari tu. Boleh dikatakan hampir habis jugak makanan pada hari tu. Lepas ni boleh buat lagi... :)

Khalifah Kecil Di Bumi ALLAH

Sgt excited nak cerita tentang khalifah2 kecil di bumi ALLAH. Sabtu tdi bersamaan 22 Januari 2011 kami menghadiri majlis Family Day di Smart Soleh Intregrated Preschool. Itulah sekolah Izzatti. Majlis lebih kepada suaikenal antara ibu bapa, guru2 dan khalifah-khalifah kecil ALLAH. Serta sesi penerangan tentang cara pembelajaran di Smart Soleh. Semasa sesi penerangan dari pengasas Smart Soleh, Puan Norafiza, mula2 rasa agak boring jugak. Yelah, lama tak dengar org berceramah ni. Tp bila sampai bab khalifah-khalifah kecil aku jadi excited pulak.

SIAPAKAH KHALIFAH-KHALIFAH KECIL ALLAH???
Khalifah kecil ALLAH tentunya adalah anak2 kita. Yang diamanahkan ALLAH kepada kita. Kat sini aku nak citer cara pembelajaran di Smart Soleh ni. Di Smart Soleh mereka lebih menekankan cara hidup, akhlak dan pembelajaran secara Islam. Semestinya Nabi Muhammad s.a.w dijdkan role model kerana sebaik-baik akhlak adalah dr Rasulullah s.a.w.

Salah satunya caranya ialah setiap hari mereka akan memberitahu dan mengingati anak2 kita ini yang meraka adalah khalifah ALLAH. Apakah peranan khalifah ALLAH di bumi ini.

1. Sentiasa berbuat baik.
2. Mengajak orang lain berbuat baik.
3. Sentiasa memelihara dan menjaga kebersihan bumi ALLAH.

Di Smart Soleh jugak mereka mengajar khalifah-khlaifah kecil ini mengenal huruf menggunakan sistem Phonic. Aku pun first time dengar tentang sistem ni. Agak menarik sebab sebelum ni kalau ajar Izzatti sebut huruf, kalau A bunyinya tentu A. Kalau S bunyinya S. Tp dengan sistem phonoc ni, kalau A bunyinya Aaa. B bunyinya bhehrr. S bunyinya ssser. D bunyinya Dhehrr.
Hehehe.. Agak pelik kan. Tp dengan cara ini, khalifah kecil akan lebih cept mengenal suku kata dan membaca.

Lepas dengar penerangan dr pengasas Smart Soleh, aku pun dalam masa yang sama turut belajar jugak. So, lepas ni boleh pratikkan kat rumah. Skrg pun perkara yang selalu aku sebut kat izzatti masa bersma dia ialah mengingatkan bahawa dia adalah Khalifah ALLAH. Khalifah ALLAH kena sentiasa berbuat baik.

Harapan ibu
Ibu sentiasa mendokan yang terbaik untuk Izztti dan Faiq. Semoga didikan dan ilmu yang diberi samada dr ibu serta ayah ataupun di sekolah dapat menjadikan Izzatti dan Faiq sebagai insan yang soleh dan solehah. Sentiasa berbuat baik kepada manusia, makhluk lain dan bumi ini. Menjadikan Islam, Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan cara hidup. Mentaati suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya. Dan seorang yang dadanya penuh ilmu untuk perjalanan di dunia dan akhirat.





Semoga anak ibu menjadi pelajar yang cerdik dan pintar.


Adik FaiQ pun nak join gak.. hehheehe..




Sesi bergambar bersama ibu bapa


Sesi penerangan dari pengasas Smart Soleh, Puan Norafiza.

Khamis, 20 Januari 2011

Kenapa Rindu Itu Sakit??

Kenapa rindu itu sakit??
Kenapa rindu itu datang
Salahkah aku yang merindu
Salahkah aku yang menyinta

Kenapa rindu itu sakit??
Perasaan yang ada tidak dapat dibendung lagi
Hanya suara pengubat rindu
Hanya gambar peneman sepi

Kenapa rindu itu sakit??
Adakah ia boleh diubati
Hati yang menanggung terasa seksa
Adakah yang di sana dapat merasa

Kenapa rindu itu sakit??
Sakit apakah ubatnya??
Ingin bertemu dengan si dia
Yang dinanti tak kunjung tiba

Kenapa rindu itu sakit??
Hanya airmata peneman duka...

Kerabu Kaki Ayam

Tentu ramai yg pelik dengan nama resepi ni kan.. Tp sedap sgt tau. First time makan kat Restoran Thai kat Cheras. Terus jatuh hati... hehehe...
Weekend lepas berkesempatan nak buat sendiri. Caranya amat mudah dan rasanya pasti sedap.



Gambar tak sempat nak snap. So, ambil dr link ni...
Resepi pun ambil dr situ...

Bahan-Bahan:
200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
1 tangkai bunga kantan - hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 tangkai cili api - hiris nipis
5 tangkai cili merah
1 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Garam
Gula

Cara:
1. Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut.
2. Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
3. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati.
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang

Contest Anakku Bergaya

Yeaahhh... Dengan rasa berbesar hatinya. Aku dengan rajinnya buat contest 'Anakku Bergaya' di page facebook JUS Kurma Minda. Saja2 je buat contest ni. Dah lama sebenarnya nk buat contest tp asyik tertunda. Baru sekarang terajin nak buat.

Cara2 nya sangat lah senang. Klik like pada page JUS Kurma Minda. Dan kemudian dah boleh hantarkan penyertaan. Upload gambar anak-anak anda yang comel di wall. Setelah berjaya dipilih dan dimasukkan ke Album Contest Anakku Bergaya. Dah boleh mula vote gambar anak2 anda. boleh ajak kawan2, sedara mara, ipar duai n sesiapa sj utk vote gambar anak anda. Cuma klik like pd gambar. Jumlah like paling banyak akan diangkat sebagai pemenang.

Lebih senang, boleh ke link ini utk maklumat lanjut... klik sini

Ini nak cerita pasal hadiah pulak. Hadiah yg ditawarkan tak lah mahal mana. Contest ni pun saja suka2 je. Pemenang pertama hingga ke lima akan dpt hadiah berupa barangan dari Farishah Faiq. Juara contest akan dpt hadiah bernilai hampir RM100.00 berupa brgan dan satu hadiah misteri. Jom join ramai2 utk memeriahkan contest ni.... ;)

Isnin, 17 Januari 2011

Ragam Izzatti ke Sekolah

Ini budak izzatti betul2 menguji kesabaran ibu. 2 minggu sebelum masuk tahun baru 2011, ibu dh daftarkan dia di Al Farobi Kindergarden pre-school. Sebagai percubaan, hantar di di nursery dulu.

Hari Pertama
Punyalah excited. Awal pagi lagi dh bangun bersiap. Yelah, lama bercuti dan dh terbiasa bangun lambat. Sampai pintu nursery, dia masih lagi buat muka mcm biasa. Dan dengan senang hati ibu tinggal kan dia. Lepas keje ibu pun ke nursery nak ambil kakak zati. Sampai sana kakak tengah nangis. Bila tanya teacher, katanya nangis sebab rindu kat ibu. Hehhehe... ok lah kan...

Hari Kedua
Bangun pagi ok lagi. Masih ceria. Bila dh besiap nak keluar rumah, zati punyalah menangis tak ingat orang keliling. Puas pujuk masuk kereta. Sampai nursery, sambung nangis lagi. Sampai kena paksa masuk dlm nursery. Ibu pun terpaksa pergi walaupun berat hati nak tinggalkan kakak zati. Masa balik pun nangis lagi.

Hari Ketiga
Kali ni betul2 kakak zati buat perangai. Tak mau bangun pagi, tak mau mandi n tak mau masuk keta. Pujuk pun tak jalan. Bila sampai nursery lagi kuat dia menangis. Siap pegang seat keta sbb tak mau keluar keta. Walaupun puas dipujuk ibu n teacher. Akhirnya, ibu bawa kakak zati pegi opis. Siap sarapan roti canai dulu. Muka kakak pun nampak ceria je. Bila tanya kenapa kakak tak mau pegi school?? Dia jawab ada budak lelaki kacau dia. Ermmm.....

Hari Keempat dan seterusnya...
Dah tak hantar ke Al Farobi Kindergarden lagi. Ibu usaha cari kindergarden lain. Akhirnya, ibu daftarkan zati ke Smart Soleh Kindergarden pre-school.

Hari pertama di sana, mood zati tak brp happy. Waktu balik pun monyok jer. Hari kedua perangainya sama mcm nk pergi tadika sebelum ni. Siap peluk tiang tak mau masuk class. Masuk hari ke tiga mood dah mula ceria. Agaknya dah mula berkawan. Ibu pun senang hati bila kakak zati ceria dan bersemangat nak ke sekolah.

Sekarang zati dah senang nak bangun pagi. Rutin harian, zati bangun seawal jam 6pagi. Bangun dr tido terus mengadap Playhouse disney or tengok Barney and friend sambil hisap susu sebotol. dah habis minum susu baru mandi dan bersiap ke sekolah. Sarapan sama ada dgn coco crunch or corn flakes. Sebelum jam 8pagi dah berada di nursery sbb class zati bermula jam 12pm hingga 4pm.

Yang paling ibu suka tengok bila balik dr school je mesti dia menyanyi. Tak kira lah nyanyi lagu apa or membaca doa yg dia dh hafal. Senang hati ibu.


Izzatti dan uniform sekolahnya. Wajib bertudung masa dalam class.

Pemulaan Tahun 2011 Yang Cukup Mencabar


Rasanya belum terlambat nak wish Selamat Tahun Baru 2011. Masih di dalam bulan Januari kan. Melangkah ke tahun baru. Pemulaan tahun yang cukup mencabar. Aku anak beranak dah pindah ke KL dengan rasminya. Hubby pula di Perak. Ermmm... terpaksa pjj semula. Tp aku redha, ALLAH beri kami rezeki tp DIA tarik sedikit kebahagiaan kami. Tp ALLAH maha mengetahui segalanya. Walaupun berjauhan kami tetap bahagia.

Cabaran memang besar bila terpaksa urus anak-anak seorang diri. Dua orang anak bermakna 2 ragam dan perangai kena aku hadapi. Si kakak yang cute dah besekolah. Nanti ibu cerita bab mula2 nak masuk sekolah. Sakit jiwa jugak dibuatnya. Dah pandai tunjuk perangai bila tak dapat sesuatu. Kuat rajuknya dan kuat jugak cemburu pada adik. Kadang2 mmg suka membuli si adik.

Si adik yang comel dan bam bam pulak dah masuk 8 bulan. Dah pandai berdiri dan memapah nak berjalan. Tp masuk tahun baru ni, adik kena ceri beri yg agak teruk. Orang tua kata nak ringankan badan sbb nk berjalan. Habis melecet celah kengkang n te*** dia. Kesian sangat ibu tengok. Cuba mcm2 petua utk hilangkan ceri beri tu. Alhamdulillah, dh semakin pulih. Adik masih lagi menikmati susu ibu sepenuhnya tanpa campur apa2 susu formula. Insyaallah, ibu niat nak bagi sampai 2 tahun. Tapi si adik ni memang baik dan suka mengalah bila si kakak nak kan sesuatu. Diam je bila kakak buli dia. Menangis hanya kalau dia rasa sakit bila kakak buli lebih2.

Blog ku Dah Bersawang Rupanya

Ohh.. oh..... tidak... Bersawang habis. Operasi cuci mencuci apa yg patut. Cuci sini sikit... cuci sana sikit. Dan update mana yg patut... Hehehhee... Tunggukan cerita di tahun baru 2011 yg agak berkulat yer.. :)